Marah vs Sabar
7:01 AM
Sy memamg nak menulis sesuatu disini tapi bila asyik buat keje lain tak tertulis la entry baru. Kesian kat awk blog. Now, here it goes :)
Hari tu, ditempat kerja..abes sume kene marah. bagi saya ianya bukan marah, dah tahap maki hamun dah. Hilang respect pada insan yg bergelar bos. Bukan ke seorg bos tu harus bertolenransi dgn pekerja-pekerja. Kalau benar seorg pekerja tu buat salah, apa salahnya dia bertanya pada pekerja tu dulu. Kalau pekerja tu mengaku kesalahan dia, seorang bos harus nasihat bukannya maki hamun. Tapi dalam kes yg jadi kat tempat kerja saya ni, belum ape-ape lagi terus kene marah tanpa soal siasat dulu. Saya memang tak kene la, tapi kawan satu tempat kerja kena. Menangis la dia hari tu.Saya memang paling tak suka kalau org tu tiba2 marah tanpa usul periksa. Tak kira la ko lagi tinggi pangkat dari aku, ko pemimpin atau pape la. Rase nak lawan balik je tapi tak mampu. :(
Bos saya memarahi pekerjanya tanpa usul periksa. Disini ada satu sifat yang buruk iaitu MARAH. 5 huruf yg mudah diungkap dan juga sgt mudah untuk diterjemahkan dalam kehidupan. Marah kan boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan, persahabatan dan lain-lain kerana perasaan marah menyebabkan kita susah sgt nak melihat kebaikan orang lain dan juga hilang sifat lemah-lembutnya. Disini boleh nampak yang kawan tempat kerja saya sudah hilang hormat pada majikannya. Kawan saya ni naik angin juga la. Yela, tiba-tiba kene marah, sape2 pun akan jadi marah juga. Dan disini juga, bos saya tu perlulah kawal perasaannya juga kan?
Ya memamng benar perasaan marah memang ada pada setiap diri individu. Sesiapa yang tak mengakunya adalah seorang abnormal (erk, hehe.. sory to say). Cuma kita perlu tahu bagaimana cara nak kawal perasaan marah tu kerana perasaan marah ni akan menyebabkan banyak perkara buruk dan tidak diingini berlaku. Rasulullah SAW juga ada perasaan marah tetapi baginda mampu menahan marahnya. Antara pembacaan yg saya dapat iaitu baginda marah apabila penduduk Thaif menghina Islam hingga cuping telinganya merah tetapi baginda mampu menahan rasa marahnya.
ok, bila dah kene marah smpai teruk cmtu, budak tu dah nanges2 dan menyumpah2 kat bos, so, pe yg saya boleh cakap kat dia adalah SABAR. 5 huruf yg senang diungkap tapi sangat susah untuk kita nak terjemahkan dalam kehidupan. Sebagai hamba Allah, kite kene faham dan tahu yang kehidupan ni banyak sangat pancaroba yg memerlukan banyak kesabaran. Baru kene marah, belum lagi perkara-perkara lain lagi macam kehilangan, kecewa, kene goda pun boleh gak, kebendaan juga dan lain-lain. Ape sekali pun, kita kene didik diri kita supaya bersifat sabar bukan. Seseorang yang memiliki sifat sabar berupaya menahan diri apabila ditimpa ujian, rasa marah dan rasa buruk sangka sesama insan. Bukan sahaja ketika di timpa ujian tetapi dalam menunaikan ibadah. Apabila kita mampu bersabar, banyak masalah dalam hubungan sesama manusia dapat dielakkan. Betulkan cik blog? So, apabila diri kita dilanda perasaan marah, cepat2 ajar diri kita supaya bersabar sebab diri kita dikawal oleh diri kita sendiri.
“Dari ‘Atiah Radiallahuanhu ia berkata, Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”.(Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Till here, semoga diberi kekutan utk berblog. Kesian kat awak blog, selalu saya tinggalkan sawang. hehe.. Illaliqa' ^_^
p/s : saya belajar sesuatu dari kes yg sy hadapi. Terima kasih Ya Allah.

0 honestly comments ^_^:
Post a Comment